Hadiah tunai dan pembayaran kelab Piala_Dunia_FIFA_2010

Jumlah hadiah wang tunai yang ditawarkan untuk kejohanan seperti yang disahkan oleh FIFA adalah$420 juta, iaitu 60 peratus lebih daripada kejohanan tahun 2006.[5] Sebelum perlawanan, setiap pasukan peserta akan menerima $1 jutauntuk membiayai persediaan mereka. Sebaik sahaja dalam kejohanan, pasukan yang terkeluar dari peringkat kumpulan menerima $8 juta. Selepas itu, hadiah wang tunai adalah seperti berikut:[5]

  • $9 juta – Pusingan 16
  • $18 juta – Suku akhir
  • $20 juta – Separuh akhir
  • $24 juta – Naib juara
  • $30 juta – Juara

Buat pertama kali dalam sejarah Piala Dunia, FIFA membayar sejumlah €26 juta kelab-kelab domestik yang dianggotai oleh para pemain yang mewakili pasukan kebangsaan masing-masing di kejohanan, iaitu lebih €1,000 seorang pemain sehari.[6]

Ini timbul ekoran persetujuan yang dicapai oleh FIFA dan kelab-kelab Eropah pada tahun 2008, untuk membubarkan kumpulan G-14 dan menarik balik tuntutan pampasan sejak tahun 2005 mengenai perbelanjaan merawat kecederaan yang dialami oleh para pemain mereka ketika berkhidmat untuk negara, seperti tuntutan Charleroi S.C. dari Belgium untuk kecederaan Abdelmajid Oulmers dari Maghribi dalam perlawanan persahabatan pada tahun 2004, dan tuntutan kelab England Newcastle United untuk kecederaan Michael Owen di Piala Dunia 2006.[7][8][9]

Rujukan

WikiPedia: Piala_Dunia_FIFA_2010 http://maps.bing.com/?mapurl=http://toolserver.org... http://maps.bing.com/GeoCommunity.asjx?action=retr... http://www.chelseafc.com/page/SponsorsAndPartners/... http://www.dishtracking.com/newsdetails.php?news_i... http://soccer.fanhouse.com/2010/05/31/players-disl... http://www.fifa.com/en/media/index/0,1369,101476,0... http://www.fifa.com/live/competitions/worldcup/pre... http://www.fifa.com/worldcup/awards/goldenboot/ind... http://www.fifa.com/worldcup/destination/stadiums/... http://www.fifa.com/worldcup/index.html